
PEREMPUAN GUSTI SAMSENG RUMAH KOSONG
RM 17.00
RM 20.00
Tiga cerita oleh penulis prolifik (bahan cetak dan filem) Hamzah Hussin (1927-2007) — yang juga dikenali hanya sebagai Hamzah.
PEREMPUAN GUSTI (1951-2) cerpen bersiri tentang Fatimah, yang tidak mahu dikongkong stereotaip gender! Dia beritahu tunangnya: “Abang hairan melihat saya pandai bercium?”
Novela SAMSENG (1965) menampilkan Ma’mor — kaki pukul, kaki jalang, tali barut — antara anti-hero paling ganas dalam dunia persuratan Melayu: “Dia bergaduh lantaran dia mahu bergaduh.”
Novela RUMAH KOSONG (1965) ngeri dan unik sebab dipengaruhi sastera eksistensial Eropah: “lantas ditiupnya cahaya lampu yang hendak memberi bakti itu.”
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|
Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings